Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa  
 
  Sejarah 05/05/2025 4:33am (UTC)
   
 

Sejarah SEKAJA

Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Segamat Johor telah dibuka dan mula beroperasi pada tahun 1948 di tapak asalnya, iaitu di Kampong Padang Lalang, Segamat. Di atas sebidang tanah kerajaan seluas 0.5 hektar. Bangunan sekolah yang berukuran kira-kira 20 kaki panjang dan 18 kaki lebar itu telah dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung dengan menggunakan kayu bulat dan beratapkan rumbia serta tanpa dinding dan lantai. Kerusi murid dibina dengan menggunakan kayu yang ditanam.

Pada awalnya jumlah murid hanyalah 20 orang dan guru seramai 2 orang. Guru yang yang bertugas di sekolah ini pada ketika itu ialah Tuan Haji A. Wahid bin Ahmad sebagai Guru Besar dan Encik Muhammad Bin Omar sebagai Guru Penolong Kanan.

Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan dan tapak yang ada sekarang ini. Luas kawasan sekolah ini ialah 2.5 ekar.

Sehingga 2008 banyak perubahan telah berlaku di sekolah ini dari semasa ke semasa hinggalah ke hari ini terutamanya dari struktur bangunan, bilangan murid dan guru.

Kini sekolah ini telah mempunyai 7 blok bangunan termasuklah sebuah bangunan makmal 2 tingkat yang siap dibina pada tahun 2002. Jumlah gurudan kakitangan kini seramai 60 orang manakala murid-murid pula seramai 860 orang.

 
  Menu Pilihan
 
 
 
 
 
 
  Time and tide waits for no one..
  Aktiviti Semasa
  Soal selidik
Anda adalah 1 visitors (1 hits) website ini, terima kasih!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free